March 22, 2025
Fokus SOLUSI

Atas Dosa Apa Aku Dibuang?

Situasi

Setiap tiga hari akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai mati atau hidup.

Sebanyak 577 kes dilaporkan dari tahun 2014-2018, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi mengikut pecahan negeri. Pada tahun 2018, sebanyak 128 kes dilaporkan.

Kangkala, ketika kita mencari punca pembuangan bayi, kita menemui sesuatu. Besar sekali erti akad nikah yang sah. Dengan hanya satu lafaz yang mudah, bayi yang lahir daripada perkahwinan tersebut disambut dan ditatang penuh syukur dan teruja. Namun apabila akad itu tiada pada sebuah hubungan terlarang, kelahiran bayi tidak dicanang. Suasana syukur dan teruja berubah kepada bala dan cela. Kasih sayang diganti benci. Tangisan bayi, dibalas keji.

Bayi yang belum lahir sudah dijangka memalukan ibu dan ayah. Tambahan pula, saat rasa malu itu kadangkala terpaksa ditanggung sendirian, sedangkan pada masa yang sama ada pihak yang mampu berlepas tangan.

Padahal bayi itu bukan pelaku maksiat. Bayi itu bukan pembawa sial. Bayi itu cuma mangsa. Bahkan jauh suci daripada kita orang dewasa yang sudah banyak terpalit dosa.

Pecahan Mangsa Mengikut Umur
Umur Mangsa 2014 2015 2016 2017 2018 Jumlah

Janin

20 26 33 25 38 142

Baru lahir

83 85 82 95 90 435
Jumlah 103 111 115 120 128 577

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?