Nik Abdul Rahim ialah pensyarah Fiqh Muamalat di Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kerap menjalankan kuliah, penyelidikan dan pembentangan kertas kerja di seminar dan persidangan, di peringkat tempatan dan antarabangsa mengenai bidang Fiqh Muamalat dan Usul Fiqh khususnya yang berkaitan dengan perbankan Islam, insurans Islam (Takaful) dan isu-isu semasa undang-undang transaksi Islam. Beliau kini merupakan ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau juga merupakan ahli Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS) atau dahulunya dikenali sebagai Islamic Economics and Finance Research Group. Beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie, Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, dan juga pakar perunding dan penceramah untuk program Pusat Islam UKM dan Unit Latihan UKM berkaitan Undang-undang Islam.