Sejak bila kita perlu mula kenal Allah? Persoalan ini mungkin pernah terlintas di fikiran ibu bapa tatkala memikirkan soal pendidikan agama serta penerapan nilai akidah dan tauhid dalam diri anak-anak.
Pada peringkat permulaan, kita mungkin merasakan anak-anak masih terlalu kecil untuk memahami tentang Allah itu esa, tentang tunduk patuh seorang hamba, tentang Pencipta yang memiliki bukan sekadar langit dan bumi, bahkan seluruh alam semesta. Juga tentang Pemilik syariat yang mengatur setiap nawaitu, tutur bicara dan perilaku.
Kita mungkin berat untuk anak kecil mengenal Pencipta yang tidak mampu dilihat dengan mata kepala kerana ia perlu dilihat dengan mata hati. Apatah lagi untuk memahami hakikat Allah ciptakan dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat jua yang hakiki. Kita mungkin merasakan usia anak-anak masih panjang untuk mempelajari Allah dan agama.
Sedangkan, selepas sahaja bayi dalam kandungan menjenguk dunia, kita sudah perkenalkan lafaz Allah Maha Besar, Nabi, solat dan kejayaan.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now