Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya: “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang lanjut, maka hati mereka menjadi keras dan banyak antaranya orang yang fasiq (derhaka).” (Surah al-Hadid 57: 16) |
Melalui ayat yang ke-16 surah al-Hadid ini, Allah s.w.t. memberi peringatan kepada orang beriman supaya jangan berlengah-lengah dalam mengingati Allah. Ditakuti akan hilang khusyuk dalam diri mereka. Juga, diingatkan agar orang yang beriman tidak mencontohi orang Yahudi dan Nasrani yang memang hati mereka keras dan menolak kebenaran.
Hamka menyebut bahawa ayat ini merupakan suatu pertanyaan yang dihadapkan kepada orang yang telah mengaku beriman. Sepatutnya, setelah kita mengakui diri kita sudah beriman, kita hendaklah membuktikannya melalui sikap kita sehari-hari.
Turut diketengahkan oleh ayat ini adalah berkenaan khusyuk.
Menurut Syaddad bin ‘Aus, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya yang mula-mula diangkat oleh Allah daripada hati manusia ialah rasa khusyuk.” (Riwayat Ahmad)
Sebab Turun Ayat |
Berkenaan dengan sebab penurunan ayat ini, Muqatil bin Hayyan menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan para sahabat Rasulullah s.a.w. yang suatu ketika kelihatan sedang bergurau senda dan tertawa. Lalu, turunlah ayat ini sebagai satu teguran untuk mereka. (Riwayat Ibn Abi Syaibah) Abdullah bin Mas‘ud dalam ulasannya berkenaan ayat ini mengatakan bahawa tempoh masa antara teguran Allah ini dengan waktu para sahabat memeluk Islam ialah empat tahun. |
Hati yang Perlu Digilap
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now