June 10, 2023
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Bacalah…

Jika kita beli kereta, kita akan dapat sekali manualnya. Manual ini akan menceritakan segala spesifikasi kereta (dalaman dan luaran), termasuk penggunaan dan penyelenggaraan.

Begitu juga dengan kehidupan. Kita ada manual yang mengandungi peraturan-peraturan dan hukum yang berkaitan. Bahkan semua bidang seperti ekonomi, muamalat, munakahat, jenayah, politik, sosial dan segenap sudut dalam kehidupan manusia.

Bezanya, “manual” ini suci dan paling agung. “Manual” yang mulia dan mukjizat yang dikurniakan buat penghulu bagi segala Nabi. Maka tempiasnya buat sesiapa yang membaca, turut menjadi mulia kerana “manual” ini.

Istimewanya “manual” ini berbanding kitab samawi lain seperti kitab Taurat, Injil dan Zabur dek kerana kitab ini kekal terpelihara, tidak diseleweng dan sesuai sepanjang zaman hingga kiamat. Itulah dia kitab-Nya, al-Quran.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?