October 1, 2023
Tentang Hati UMUM

Bahagia Tanpa Sempurna

“Aku masih tak boleh nak hadam lagi. Beraya dalam rumah saja pun kena pakai baju sedondon? Ya Allah, berikanlah aku kefahaman yang jitu!”

Status media sosial seorang influencer itu mengundang tawa spontan saya. Saya tahu beliau cuma mengusik isterinya, di samping cuba memancing respons netizen.

“Mungkin inilah satu-satunya pengalaman unik kita beraya masa PKP. Jadi, ia perlu diabadikan dengan gambar yang indah untuk dikenang sepanjang hayat. Mungkin hingga ke anak cucu. Jadi, sedondon itu tetap perlu, tanda nenek moyang mereka tetap bersatu.” Balas saya spontan, menyokong permintaan isterinya. Apa lagi, semakin menderu komen-komen lucu.

Tiada perbalahan yang serius. Hanya usik mengusik untuk mengumpan sedikit tawa di kala ramai yang murung kerana terkurung!

Cipta Bahagia Kita

Tahun lepas, buat pertama kali dalam sejarah, hampir seluruh dunia berkurung di pagi Aidilfitri dek serangan pandemik Covid-19. Tiada suasana kemeriahan solat hari raya di masjid. Hanya solat di rumah masing-masing. Tiada juga riuh-rendah suasana berziarah. Ah, berhari raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan laungan slogan ‘Stay At Home’, tentu saja suasana seperti ini sudah boleh dibayangkan. Suram.

Ya, kelompok masyarakat terbahagi kepada dua. Ada yang hilang mood mahu berhari raya. Mengeluh dan mengeluh setiap masa. Namun ramai juga yang tenang-tenang saja cuba mencipta bahagia mereka.

Tidak boleh ke masjid, masing-masing mencipta kemeriahan untuk persiapan solat hari raya secara berjemaah di rumah. Ketua keluarga kecoh berlatih membaca khutbah. Tak pernah-pernah! Apabila dipertontonkan kekecohan itu di media sosial, masing-masing ketawa. Lucu, tapi ramai yang mengaku malu. Baru sedar tahap ilmu masing-masing. Alhamdulillah, musibah menjadi medan muhasabah.

Tidak boleh berziarah. Masing-masing tetap mengusahakan pelbagai persiapan seperti biasa. Sarung ketupat tetap dianyam, rendang tetap dimasak. Warna-warni puding dan agar-agar tetap terhidang di samping kuih raya. Barangkali kuantitinya tidaklah sebanyak yang biasa, tapi tetap juga meja sarat dengan pelbagai juadah buat seisi keluarga.

Demikian isu baju sedondon yang dipertikaikan oleh si influencer.  Perlukah beriya begitu sedangkan hanya ‘Stay At Home’, bukannya mahu ke mana-mana pun! Allahu Akbar. Sekali lagi, musibah menjadi medan muhasabah. Selama ini, bersungguh menyambut Aidilfitri untuk menagih perhatian manusia atau meraih redha Allah?

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?