Sedar atau tidak, dalam al-Quran terdapat begitu banyak ayat yang menceritakan tentang neraka. Begitu juga hadis yang berkisar tentang neraka. Jadi, neraka antara perkara ghaib yang dihuraikan secara detil.
Betapa detilnya deskripsi tentang neraka, sehinggakan kita sudah tahu serba-serbi tentang neraka. Membacanya sahaja sudah cukup memberikan rasa gerun dan gentar.
Tatkala membaca setiap ayat berkenaan neraka ini, kita sebagai Muslim perlu mempercayai setiap perkara yang disebut tentang neraka itu. Ini kerana percaya kepada syurga dan neraka juga termasuk dalam rukun iman yang wajib diimani iaitu percaya kepada hari kiamat.
Bahan Bakar Neraka
Neraka sudah dicipta. Kemudian dicerita pula kepada kita. Tujuannya memang untuk menakut-nakutkan. Barulah kita berwaspada supaya tidak melampaui batas dan sempadan yang ditetapkan oleh syariah.
Dalam al-Quran, ayat yang menakut-nakutkan ini antaranya:
Maka Aku memperingatkan kamu dengan api neraka yang menyala-nyala. (Surah al-Lail 92: 14)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.