Setiap 17 minit, lahir seorang anak luar nikah, manakala setiap tiga hari, seorang bayi dibuang. Walaupun hanya minoriti sahaja bayi luar nikah dibuang kerana kebanyakan dijaga oleh keluarga angkat atau keluarga sendiri, namun majoriti bayi yang dibuang adalah hasil daripada hubungan terlarang.
Tanpa kita sedar, semasa kita mencari jalan penyelesaian kepada isu pembuangan bayi, antara langkah yang kita tidak boleh nafikan adalah kita perlu berpatah balik ke satu tempoh masa; sembilan bulan sebelum bayi dilahirkan. Ia melibatkan cara ibu dan bapa si bayi mengendali diri agar tidak terlepas kendali.
Jadi, apabila kita ingin bantu si kecil yang dipencil dengan dibuang merata-rata, kita juga perlu membantu ibu dan bapa biologi, selain setiap anggota masyarakat turut boleh membantu menangani masalah ini.
BANTU PELAKU
1. Jijik dengan Dosa
Antara punca manusia masih tidak malu berbuat dosa adalah disebabkan tidak mempunyai rasa jijik terhadap dosa. Rasa ini perlu dipupuk, disubur dan dipelihara.
Rasa jijik itu bermula dengan sistem kepercayaan. Kita percaya, dosa itu sesuatu yang begitu jijik, justeru perlu dielak sedaya mungkin. Kita tahu ia jijik kerana Allah tidak suka hamba-Nya berbuat maksiat.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.