Sesi ceramah yang cukup mencabar. Seperti biasa, tatkala berdepan dengan para pelajar yang berisiko tinggi, itulah yang selalu berlaku.
Wajah yang cemberut menjadi tatapan awal saat sesi ceramah bermula. Pantas saja saya memahami isyarat itu. Sesi tidak boleh dijalankan dengan ceramah yang panjang atau leteran gaya mak-mak. Bosan!
Lalu saya memilih melakukan aktiviti dan menayangkan filem pendek sebagai mukadimah perkenalan kami. Alhamdulillah, menjadi! Mereka mula memberi perhatian. Malah, sesi tersebut berakhir dengan esakan tanda hati mereka sudah mula jinak!
Buas Nafsu
Mereka anak-anak gadis yang bermasalah. Hakikatnya, ramai yang sudah tidak gadis lagi. Ada yang terlanjur, ada yang sudah mengandung. Jumlah mereka ramai. Penuh satu dewan!
Jiwa saya dihempap kesal yang bukan kepalang. Kasihan mereka. Mereka tidak jahat. Mereka sebenarnya terpedaya dengan nafsu sendiri. Kadang, terjerat dengan situasi!
“Banyaknya budak motor di luar pagar sana. Siapa mereka ya?” soal saya kepada penganjur.
“Itulah teman lelaki budak-budak ni. Kita kurung yang perempuan di dalam sini, yang lelaki tak keruan di luar sana! Mujur kami rampas semua telefon bimbit untuk putuskan komunikasi mereka.”
Mendengar bingit bunyi motor di luar, nampaknya mereka sengaja menarik perhatian anak-anak gadis ini. Ia bagai satu isyarat – “Awas, kami berada di sini!” Allahu Rabbi.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now