(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji adalah beberapa bulan yang termaklum. (Surah al-Baqarah 2: 197)
Menurut al-Tafsir al-Muyassar, bulan haji ialah bulan Syawal, Zulkaedah dan 10 hari pertama bulan Zulhijah.
Mengapa Syawal dan Zulkaedah turut terlibat sebagai bulan haji? Bukankah ibadah haji bermula pada hari wukuf hingga hari nahar? Lagipun hanya Zulhijah yang ada perkataan yang secara terus menjelaskan ibadah penting yang ada pada bulan tersebut.
Jawapannya, tidak sah ihram dengan haji melainkan pada tiga tersebut sahaja menurut Imam al-Syafi‘i. Ini bermakna, seawal Syawal sudah boleh berihram untuk menunaikan haji.
Jadi, seawal Syawal jugalah, aroma haji sudah boleh dihidu. Sudah ada jemaah yang sibuk membuat persiapan untuk berangkat ke tanah suci. Ada juga jemaah yang masih menunggu maklum balas positif rayuan yang dibuat atau menunggu jika dipanggil menunaikan haji pada saat-saat akhir.
Dalam meriahnya Syawal, sudah ramai bakal jemaah haji yang tidak sabar-sabar ingin menuju Baitullah…
Menggamit Hati
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.