September 18, 2024
Fokus SOLUSI

Begini Cara Sujud

Penting untuk kita tahu bahawa sujud juga ada caranya. Tujuannya, supaya kita tidak melakukan perkara yang ditegah dan dapat sujud mengikut cara yang sudah ditetapkan syarak.

Ini kerana al-Quran sendiri merakamkan bahawa Ratu Saba’ sujud kepada matahari kerana tidak mendapat bimbingan dan panduan tentang tujuan dan kepada siapa selayaknya kita sujud. Ratu Saba’ menyembah matahari, sekali gus menduakan Allah Yang Esa.

BEGINI CARA BERSUJUD

1. Kesediaan untuk Sujud

Untuk sujud, pertama sekali jangan pernah ada sekelumit rasa sombong dalam hati. Ini kerana sujud begitu sinonim dengan kerendahan hati.  

Ingatlah, kita hanya diberi kesempatan untuk sujud di dunia ini sahaja. Di akhirat sana, sujud tidak lagi membuahkan pahala. Bahkan diceritakan betapa ada pihak yang menyesal kerana dahulu tidak sujud di dunia.

Allah berfirman:

Ingatlah pada hari ketika betis disingkap dan mereka diseru untuk bersujud, maka mereka tidak mampu. Pandangan mereka tertunduk, diliputi kehinaan. Sesungguhnya dulu (di dunia) mereka telah diseru untuk bersujud waktu mereka sihat (tetapi mereka enggan melakukannya). (Surah al-Qalam 68: 42-43)

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?