January 13, 2025
Mahir UMUM

Belajar Melalui Membaca

Pembelajaran merupakan perkara asas yang tidak dapat dipisahkan daripada diri seorang pelajar tidak kira di sekolah mahupun di universiti. Justeru, untuk menjadikan proses pembelajaran berkualiti dan berkesan, terdapat empat jenis kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar bagi memudahkan proses tersebut iaitu:

  • Kemahiran membaca.
  • Kemahiran mendengar.
  • Kemahiran menulis.
  • Kemahiran bercakap.

Memandangkan membaca merupakan kemahiran asas yang pertama perlu dikuasai, penulis akan kongsikan beberapa teknik membaca yang betul agar ia dapat memudahkan jalan untuk memperoleh ilmu. Teknik ini pula bersifat universal. Boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja yang bergelak pelajar.

Juga perlu ditegaskan di sini bahawa membaca bukanlah suatu amalan kerja yang pasif tetapi aktif.  Justeru, terdapat tiga garis panduan asas dalam usaha untuk membaca dengan berkesan. Ia merangkumi tiga peringkat iaitu:

  1. Sebelum membaca.
  2. Semasa membaca.
  3. Selepas membaca.

Sebelum Membaca

Sebelum mula membaca, seseorang perlu terlebih dahulu mengenal pasti dan menetapkan tujuan dia ingin membaca. Soalan seperti, “Apakah tujuan aku membaca?” Hal ini disebabkan oleh membaca secara tiba-tiba tanpa tujuan akan mendorong bacaan tersebut menjadi sia-sia.

Seterusnya, buat persediaan diri, suasana dan masa membaca. Pembaca perlu memastikan diri dalam keadaan selesa serta dalam suasana yang kondusif sesuai dengan bahan bacaannya. Sebagai seorang Muslim, kita perlu terlebih dahulu mengambil wuduk sebelum membaca serta membaca doa menuntut ilmu.

Suasana tempat kita membaca pula perlulah berada dalam keadaan bersih kerana tempat yang kotor akan menyebabkan proses pembacaan tidak selesa sekaligus membantutkan proses perolehan ilmu. Berkenaan masa pula, pilihlah masa yang terbaik untuk membaca. Antaranya adalah pada waktu pagi dan sebelum tidur. Bagi mereka yang sibuk dengan urusan harian pula, pilihlah waktu yang sesuai dengan keadaan masing-masing. 

Semasa Membaca

Sewaktu sedang membaca, fokus. Pembacaan singkat yang fokus adalah lebih baik daripada pembacaan lama yang tidak fokus. Selain itu, bacalah mengikut kemampuan masing-masing. Ada orang mampu membaca satu jam secara berterusan dan ada pula yang sebaliknya. 

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?