Murung berpunca daripada tekanan yang dialami dalam hidup. Kita pula hidup di dunia. Tekanan di dunia memberi kesan kepada fizikal, mental dan emosi kita.
Tekanan ini biasanya melibatkan hal keduniaan. Jadi salah satu cara untuk melepaskan tekanan adalah dengan melepaskan dunia seketika. Sekurang-kurangnya lima kali sehari. Lima minit sahaja satu sesi. Pasti terasa ringan sedikit bahu.
Siapa yang tinggalkan dunia sekerap lima kali sehari ini? Semestinya sesiapa sahaja yang rukuk dan sujud.
Ulul Azmi
Sebelum kita bercakap tentang solat yang boleh membuatkan kita lega daripada pelbagai dugaan dan cabaran hidup di dunia, kita perlu lihat dahulu insan yang menganggap solat ini buah hatinya. Baginda juga menganggap solat ini sangat merehatkan.
Ya, bukan kita sahaja yang stres dengan pelbagai cabaran hidup di dunia, bahkan Rasulullah s.a.w. juga jauh lebih tertekan sebenarnya. Apatah lagi Baginda salah seorang daripada Rasul Ulul Azmi yang terkenal diuji begitu dahsyat. Namun kesemua Rasul Ulul Azmi ini mampu bertahan apabila berpegang dengan Allah seerat-eratnya.
Rasulullah pernah memerintahkan Bilal, “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal.” (Riwayat Ahmad)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.