December 9, 2023
Fokus SOLUSI

Benarkah Melayu Pemalas?

Dari mana asalnya konotasi “Melayu pemalas” ini? Ini satu kenyataan pukul rata yang sering diratibkan kepada kita. Ia lambang kepada sikap yang suka menuding jari, tanpa solusi dicari. Dikatakan, penjajahlah kelompok yang pertama sekali yang melabelkan Melayu dengan gelaran pemalas ini.

Amalan stereotaip dan sikap generalisasi sebegini adalah satu “jenayah”. Anehnya, hingga kini label ini masih bergema. Sebagai bangsa Melayu, jangan meminjam mentaliti anak gajah di bawah:

MENTALITI ANAK GAJAH

Ibarat seekor anak gajah ditambat dengan rantai besi pada sebuah batang kayu yang dibenam ke dalam tanah. Anak gajah itu meronta-ronta ingin melepaskan diri, namun tidak berjaya.

Setelah beberapa lama mencuba, anak gajah itu mengalah. Ditanam pula dalam mindanya, dia haiwan yang lemah dan kerdil.

Masa berlalu. Anak gajah itu meningkat dewasa dan saiz badanya membesar berkali ganda daripada saiz asalnya. Bahkan lelaki yang menambatnya itu jauh lebih kecil berbanding saiz badannya kini. Begitu juga batang kayu yang digunakan untuk menambat kakinya.

Namun, mentaliti “aku lemah” masih membelenggu anak gajah tersebut. Sehinggakan dia bertindak pasrah dan menyerah. Bahkan sudah bertahun-tahun anak gajah itu tidak berusaha untuk melepaskan diri!

Jika ada pihak yang mengatakan kita ini bangsa pemalas, jangan mudah-mudah percaya. Kita ada hujah yang boleh menyangkal. Namun jauh lebih penting, kita ada tenaga dan mampu bergerak untuk membantah.

Asalnya dari Limbik!

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?