March 29, 2024
Akidah WAHYU

Bercakap dengan Allah

Jika kita ingin Allah bercakap dengan kita, maka bukalah al-Quran. Baca ayat demi ayat. Ini kita semua pernah buat. Persoalannya, sejauh mana kita menjiwai ayat yang dibaca, seolah-olah Allah sedang berbicara khusus kepada diri kita sendiri?

Dalam konteks ini, mungkin kita semua boleh bermula dengan mencari ayat al-Quran yang secara langsung seolah-olah Allah sedang bercakap dengan kita. Contohnya, Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku dan tunaikanlah solat untuk mengingati Aku.” (Surah Taha 20: 14)

Dalam ayat di atas, Allah menggunakan kata ganti “Ana” (Aku). Ditambah pula dengan penegasan pada permulaan ayat, menambahkan lagi betapa Allah itu Tuhan kita. Terasa seolah-olah Allah memberitahu secara langsung kepada kita bahawa Dia itu Tuhan kita!

Bagaimana pula kalau kita yang ingin bercakap-cakap dengan Allah? Mungkin kita semua terfikirkan doa. Namun percaya atau tidak, solat adalah ibadah yang memberi peluang seorang hamba berada dalam keadaan begitu akrab dengan Penciptanya. Sebab itulah, jika ada apa-apa sahaja masalah dalam hidup hingga terasa berat bahu menanggung, sebaik sahaja mengangkat takbir pun sudah terasa ringan beban dunia yang digalas.

Sebab itulah juga, sebelum solat kadangkala kita sudah merencana ingin mengadu pelbagai perkara kepada Allah usai solat, namun belum pun sempat salam pertama, hati sudah terasa lega dan ringan. Lantas pengaduan diabaikan kerana solat itu sahaja sudah memadai.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?