Malas adalah satu sifat yang menghalang seseorang daripada membangun, bahkan ia dapat membantutkan pembangunan sebuah negara. Bahkan jika kita lihat al-Quran ada menyebut tentang kaum yang diazab oleh Allah Taala disebabkan penyakit malas. Allah menyebut bahawa mereka tidur ketika azab dan seksa-Nya diturunkan ke atas kaum tersebut:
Maksudnya: Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada malam hari sewaktu mereka sedang tidur. (Surah al-A’raf 7: 97)
Renunglah ayat ini. Bacalah bukan sekadar dengan mata, tetapi juga dengan dengan mata hati. Nescaya kamu pasti bangkit untuk berbakti kepada agama dan manusia.
Munafik Beribadat
Sesungguhnya sifat malas ini antara ciri-ciri golongan munafik khususnya apabila mereka mendirikan solat. Allah menjelaskan dengan terang tentang hal ini dalam surah al-Nisa’ ayat 142 dan ringkasan mafhumnya diekstrak seperti berikut:
Ciri-ciri orang munafik dalam ibadat |
Melakukan tipu daya terhadap agama Allah dengan perbuatan berpura-pura, tetapi hakikatnya kafir secara batinnya. |
Apabila berdiri untuk sembahyang, mereka akan berdiri dengan malas. |
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now