Hari raya sudah tiba. Orang ramai sangat gembira. Semua orang keluar untuk berhari raya. Kanak-kanak pun turut keluar. Begitu juga Azar; ayah Nabi Ibrahim.
“Kamu tak mahu ikut kami?” tanya ayah Nabi Ibrahim.
“Saya sakit,” jawab Nabi Ibrahim.
Orang ramai sudah pun keluar untuk berhari raya. Tinggallah Nabi Ibrahim seorang di rumah.
Berhala Dipecahkan!
Apabila orang sudah tiada, Nabi Ibrahim pergi ke rumah berhala. Dia berkata kepada berhala-berhala:
“Kenapa tak bercakap? Kenapa tak mendengar?”
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.