October 1, 2023
FIQAH Usul Fiqah

Beribu Batu Demi Satu Hadis

Abu Ayyub berjumpa dengan Uqbah bin Amir yang berada di Mesir. Dia ingin bertanya kepada Uqbah bin Amir tentang sebuah hadis yang pernah dia dengar daripada Rasulullah s.a.w. Sesampainya Abu Ayyub di Mesir, dia singgah di kediaman Maslamah bin Mukhlad al-Ansari yang ketika itu telah menjadi gabenor Mesir.

Sebaik mendengar Abu Ayyub tiba di perkarangan rumahnya, Maslamah terus bergegas keluar rumah dan memeluk Abu Ayyub seraya berkata, “Apa yang membuatmu ke mari wahai Abu Ayyub?”

“Aku ingin tahu tentang hadis yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w. Selain aku dan Uqbah bin Amir, tiada sesiapa lagi yang pernah mendengar hadis itu. Aku harap kau dapat membantuku dengan mengutuskan seseorang yang mampu membawaku bertemu dengan Uqbah bin Amir,” jelas Abu Ayyub.

Lalu seorang utusan pun dipanggil untuk membawa Abu Ayyub bertemu dengan Uqbah bin Amir. Sesampainya di rumah Uqbah, dia disambut dengan cukup mesra sekali.

“Apa yang membuatmu datang bertemuku, wahai Abu Ayyub?” soal Uqbah.

“Kerana hadis yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w. Selain kita berdua, tiada siapa yang pernah mendengar hadis tentang menutup aib seorang Mukmin.”

Uqbah bin Amir pun mengakuinya lalu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sesiapa yang menutup aib seorang Mukmin di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.”

“Ternyata kamu benar,” jawab Abu Ayyub. Setelah itu, dia terus pergi meninggalkan Uqbah bin Amir.

(Al-Rihlah fi Talab al-Hadith, jil. 1, hlm. 118)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?