Sejak akhir-akhir ini, kita lihat api perkauman semakin marak dalam kalangan masyarakat kita. Ditambah pula dengan golongan-golongan yang sebelum ini membisu seribu bahasa, kini sudah berani menunjukkan taring mereka tanpa segan silu.
Itulah hakikat sejarah. Sejarah yang dikatakan sebagai peristiwa yang sudah berlalu dan tidak perlu diceritakan, sebenarnya itulah yang berlaku kembali hari ini. Ia bagaikan satu putaran roda.
Punca Kejatuhan Kerajaan Islam
Banyak contoh yang kita boleh singkap satu persatu daripada lembaran sejarah untuk dijadikan iktibar. Antaranya:
Peristiwa | Punca |
Kejatuhan kota Baghdad di tangan orang Mongol yang tidak bertamadun. |
Golongan Syiah yang sebelum ini diam seribu bahasa tatkala berjaya menguasai jawatan penting dalam kerajaan Abbasiyah, bertindak berpakat dengan Hulagu Khan untuk menguasai kota Baghdad. |
Bangkitnya sebuah kerajaan golongan hamba dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai kerajaan Mamluk. |
Akibat daripada konflik dalaman kerajaan Ayubiyyah, golongan hamba ini berani menguasai takhta kerajaan sehingga menggelarkan diri mereka sultan. |
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.