September 18, 2024
FIQAH Usul Fiqah

Bina Jiwa Berkorban dalam Ibadah Haji

Haji merupakan rehlah yang panjang seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Perjalanan haji perlu diharungi dengan pelbagai cabaran yang boleh menjadikan seseorang insan itu bersih seperti bayi yang baru dilahirkan.

Melaksanakan ibadat pada bulan-bulan tertentu merupakan ujian ibadat yang mempunyai rahsianya tersendiri. Ia bukan ibadat mutlak yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Seperti mana firman Allah Taala:

(Masa untuk mengerjakan ibadah) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya dengan niat mengerjakan ibadat haji itu, maka jangan bersetubuh, jangan membuat maksiat dan jangan bertengkar semasa mengerjakan ibadat haji. Allah juga mengetahui apa-apa jua kebaikan yang kamu lakukan dan hendaklah kamu membawa bekal yang secukupnya kerana sesungguhnya bekalan yang paling baik itu ialah takwa dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal. (Surah al-Baqarah 2: 197)

Bulan haji ini ialah Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Bulan yang ditetapkan oleh syarak bagi menguji hamba-Nya untuk membuang segala perasaan dan rasa diri kuat dan hebat dengan kembali kepada kekuatan Allah dan merasai kekuasaan-Nya. Ia juga bulan menuju ke tempat suci yang penuh dengan keberkatan.

Manis dan Indah

Ibadah haji bukanlah semudah mengucap syahadah atau semudah mendirikan solat yang hanya mengambil masa sekitar lima minit itu. Ibadah haji penuh dengan kesusahan dan kepayahan. Bermula daripada persiapan bertahun (menabung dan mempelajari ilmu berkaitan ibadah haji) sehinggalah bermusafir ke Baitullah.

Itu belum dikira lagi rukun dan syarat haji yang perlu dipenuhi, bahkan menuntut kita menjadi individu Muslim yang kaya dengan sifat mahmudah sepanjang kerja haji.

Ya, ibadah haji melibatkan ibadah fizikal. Ia memenatkan fizikal. Walaupun penuh dengan kepenatan semasa melaksanakan ibadah haji, jiwa orang yang beriman merasakan ia satu fasa dan pengalaman yang penuh dengan kemanisan dan keindahan.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?