April 27, 2025
Sirah & Kisah UMUM

Boikot!

“Kita akan berhenti di mana esok?” soal Usamah bin Zaid r.a.

“Adakah Aqil ada menyediakan tempat untuk kita singgah?” Soalan berbalas soalan daripada Rasulullah s.a.w.

“Insya-Allah, esok kita akan turun di perkampungan Bani Kinanah. Di mana Quraisy pernah bersumpah atas kekufuran di tempat tersebut,” sambung Baginda lagi. (Riwayat Ahmad)

Ketika itu, musyrikin Quraisy telah melakukan perjanjian dengan Bani Kinanah agar tidak bernikah serta berjual beli dengan Bani Hashim dan Bani Mutalib sehinggalah mereka menyerahkan Rasulullah s.a.w. di lembah tersebut. (Riwayat al-Bukhari)

Dialog tersebut berlaku di Mina, ketika Baginda dalam perjalanan menunaikan ibadah haji. Namun sebenarnya mengisyaratkan kepada sebuah peristiwa penting sebelum itu. Betapa musyrikin Quraisy bersungguh-sungguh mahu menghancurkan Islam dengan bermacam cara, termasuk menghapuskan tonggaknya iaitu Rasulullah s.a.w.

Kegagalan mengembalikan muhajirin di Habsyah ke Makkah tidak sekali-kali mematahkan semangat musyrikin Quraisy. Malah, penentangan mereka terhadap Islam semakin menjadi-jadi. Tekanan yang dikenakan ke atas Muslimin semakin dahsyat. Kemuncaknya, mereka secara terbuka merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w.

 

Kerabat Bela Rasul

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?