“Mama, kalau boleh kami tahu, apa aktiviti yang banyak mama lakukan bersama anak-anak di rumah?” Si ibu tersenyum sipu. Dia geleng-gelengkan kepala.
“Maksud saya… Iyalah, kita kan ibu-ibu ni teruja hendak melihat perkembangan demi perkembangan anak-anak. Jadi, kita mesti ada impian dan sedikit kecenderungan.
“Ada ibu cenderung untuk bantu anak asah kemahiran urus diri, ada yang berusaha dedahkan dengan hafazan surah lazim, fonik, ada yang rajin buat aktiviti membangunkan fine motor skills (kemahiran motor halus). Ada juga yang kecil-kecil lagi sudah didedahkan dengan pertandingan seperti push bike untuk membina rasa yakin diri.”
Tiada Impian
Saya menyambung lagi, khuatir soalan saya tidak sampai maksudnya:
“Macam Ummi Nisa dengan Aufa. Aufa sekarang berumur 2 tahun. Aufa suka meniru, jadi kami kerap lakukan aktiviti yang memberi peluang untuk dia melihat dan meniru pelbagai ekspresi muka dan menggayakan pergerakan seperti bercerita, menyanyi dan menari. Kami berpandangan kemahiran komunikasi dan ekspresi emosi sangat penting untuk diajar seawal usia.
“Sebelum tidur pula, Ummi Nisa suka bacakan ayat-ayat daripada surah pendek dan minta Aufa ikut sebut. Waktu itulah kita dapat tunjuk serta betulkan pergerakan lidah dan bibir dia.”
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.