May 30, 2024
Fikir Zikir SOLUSI

Cahaya Matahari vs Cahaya Ilahi

Subhanallah! Terpegun tatkala melihat keindahan cahaya matahari di ufuk timur mulai tersebar di kaki langit. Nun jauh di ufuk lautan yang tak bertepi, sang suria mulai keluar perlahan-lahan bagaikan keluar daripada tempat persembunyiannya yang penuh misteri.

Kehadirannya mewarnai langit dengan cara yang cukup menakjubkan – jingga, kuning, merah dan putih. Langit seolah-olah seperti satu kanvas besar yang sedang dilukis dengan corak yang sangat indah oleh seorang pelukis hebat!

Terpegun.

Masya-Allah!

Cahaya matahari bukan hanya menghasilkan suatu fenomena yang indah, malah ia juga mempengaruhi pelbagai proses dan aktiviti kehidupan makhluk di bumi. Kehadirannya memungkinkan proses-proses utama berlaku seperti fotosintesis, respirasi dan sebagainya.

Cahaya Ilahi

Bagaimana pula dengan cahaya Ilahi? Iaitu hidayah Allah yang dipancarkan ke dalam hati kita. Apa kesannya kepada hati? Sebagaimana bumi menjadi indah lantaran pancaran cahaya matahari, begitu juga dengan hati. Hati akan menjadi hidup!

Orang yang diberi hidayah oleh Allah sebenarnya memiliki hati yang bersih. Hal ini disebabkan hidayah itu amat murni dan hanya akan mencari tempat yang bersih untuk diduduki.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?