Sebenarnya Rasulullah banyak menunjukkan teladan yang baik-baik kepada kita, termasuklah soal komunikasi.
Melaluinya, kita akan melihat bahawa tiada satu pun sebab yang konkrit untuk kita berkomunikasi kasar. Apalagi berdakwah sentap lagi biadap.
Ini bebenangnya…
- Senang Ngam
Zaid bin Thabit bercerita, “Ketika bersama-sama Nabi, apabila kami bercerita tentang dunia, Baginda turut bercakap tentang dunia. Jika berkaitan akhirat, Baginda juga bercerita tentang akhirat. Jika kami bercakap tentang makanan, Baginda turut bercerita tentang makanan.” (Riwayat al-Tirmizi)
- Beri Perhatian
Amru bin al-Ash berkata, “Rasulullah menghadapkan wajah dan percakapan Baginda kepada orang yang paling jahat daripada satu kaum untuk menjinakkan mereka. Ketika aku bertemu Baginda, Baginda menghadapkan wajah dan percakapannya kepadaku sehingga aku menyangka akulah orang yang terbaik dalam golongan mereka yang hadir bersama Nabi.” (Riwayat al-Tirmizi)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.