Bahasa yang kasar sekalipun benar, tetap menyakitkan kerana rasa dipersalahkan. Berbeza sekali jika kebenaran itu disampaikan dengan lunak dan kasih sayang, ia akan menimbulkan rasa bersalah.
Pendengar yang rasa bersalah, akan mudah akur dan berubah. Sebaliknya, pendengar yang rasa dipersalahkan akan lebih berani bangun menentang sekalipun tahu mereka bersalah. Kerana itu, al-Quran telah menggariskan panduannya.
Ini ialah bebenang #cakapbaikbaik
- Berkata Benar (قولا سديدا)
“Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan kata-kata yang benar.” (Surah al-Nisa’ 4: 9)
- Jelas dan Efektif (قولا بليغا)
“Oleh itu, berpalinglah kamu daripada mereka, nasihatilah mereka dan katakan kepada mereka kata-kata yang memberi kesan kepada jiwa mereka.” (Surah al-Nisa’ 4: 63)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.