Dunia ini pentas ujian. Tidak semua orang dilahirkan dalam “sangkar emas”. Ada yang kaya, ada yang miskin.
Apatah lagi hidup ini umpama roda yang menyaksikan ketika ekonomi jatuh, ada insan yang dilimpahi kemewahan dan rezeki yang melimpah ruah. Bahkan ada juga yang miskin melarat, saat majoriti menikmati kemakmuran ekonomi.
Ada yang baharu memulakan kerjaya saat ramai pekerja lain dibuang kerja. Ada juga yang hilang kerja dan susah memasuki kembali pasaran kerja saat ekonomi berkembang pesat.
Kenapa situasi sedemikian?
Supaya kita sama-sama dapat membantu sesama kita ketika berdepan kesusahan dan sentiasa prihatin membantu golongan yang memerlukan. Tidak kiralah sama ada kita hidup lebih daripada cukup atau kurang daripada cukup.
Lihatlah golongan yang susah dan sangat memerlukan. Golongan gelandangan; siang tidak berbumbung, malam pula berembun. Si miskin; perut berkeroncong pun, terpaksa buat-buat tidak dengar. Ada anak-anak kecil yang sepanjang hari hanya mampu menggigit jari sahaja dan diuji dengan tumbesaran terbantut.
Allah berfirman yang bermaksud,
(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang fakir miskin yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, yang tidak berupaya mengembara di muka bumi orang jahil sangka mereka itu kaya kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan sifat-sifat tidak meminta-minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan apa jua yang kamu belanjakan daripada harta yang halal, maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui-Nya. (Surah al-Baqarah 2: 273)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.