December 11, 2024
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Semuanya Tentang al-Quran

Upah Mengajar al-Quran Soalan: Bolehkah mengambil upah mengajar al-Quran?  Jawapan: Berkenaan hukum mengambil upah kerana mengajar al-Quran, para ulama berselisih pendapat. Imam Abu Sulaiman al-Khattabi menukilkan larangan daripada sekumpulan ulama bahawa tidak boleh mengambil upah kerana mengajar al-Quran. Antaranya ialah al-Zuhri dan Abu Hanifah. Beliau turut menukilkan daripada kumpulan lain yang mengharuskannya jika guru tersebut […]

Read More
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Jom Tilawah Hingga Khatam

Tilawah ialah pembacaan ayat-ayat al-Quran yang dilakukan dengan baik dan indah. Ia hanya khusus untuk ayat-ayat suci al-Quran, boleh dilakukan secara individu mahupun berkumpulan. Tilawah adalah suatu komponen terpenting dalam proses memahami al-Quran. Perlu ditekankan di sini walaupun kita mungkin berusaha mengejar untuk mampu mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh masa yang singkat, namun hak tilawah perlu […]

Read More
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Al-Quran dari Kaca Mata Manusia

Kekuatan Islam terletak pada al-Quran. Al-Quran yang melakar dan mewarnai agama Islam agar membawa seluruh manusia ke arah kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mempertahankan agama Islam ini, sekali gus mempertahankan al-Quran. Al-Quran merupakan bukti kebenaran daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya. Dalam al-Quran terkandung pelbagai sistem kehidupan bersesuaian […]

Read More
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Jom Beramal dengan al-Quran!

Al-Quran. Inilah nama yang paling dikenali. Sesungguhnya Allah mengkhususkan kitab yang diturunkan kepada Rasulullah dengan nama ini. Para sahabat sendiri pun telah menjadikan al-Quran sebagai dasar dan paksi dalam kehidupan mereka. Mereka melakar kehidupan berdasarkan al-Quran, rujukan utamanya adalah al-Quran dan mereka terus berpegang teguh dengan al-Quran. Al-Syahid Syed Qutb pernah menyatakan: “Sesungguhnya para sahabat […]

Read More
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Formula Tadabbur untuk Penghafaz

Allah s.w.t. menunjukkan cara untuk kita meraih inti sari daripada al-Quran sebagai salah satu cara mudah menghafaz al-Quran: Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia dan diamlah dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengar supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-A‘raf 7: 204) Abu al-Fida’ Muhammad Izzat dalam bukunya Kaifa Nahfaz al-Qur’an menjelaskan tentang ayat ini: […]

Read More
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Beramal dengan Isi al-Quran

Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata: Sesungguhnya seluruh kaum Muslimin sudah tahu sejak zaman para sahabat lagi bahawa keberkatan al-Quran bukanlah berpunca daripada membawa, menggantung dan menghias rumah dengannya. Beliau menyambung lagi: “Keberkatanya juga bukan pada memohon penawar dengan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh syeikh atau orang yang baik, menulisnya pada pinggan, kemudian memadam dan meminum […]

Read More
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Tidak Hairan Lagi

Terdapat perkara menarik dalam surah al-Ghasyiyah yang boleh dijadikan bahan fikir manusia. Ayat yang 17 hingga 20 dalam surah ini menunjukkan kepada kita bahawa Allah meminta kita melihat bukti kekuasaan dan kehebatan-Nya melalui beberapa perkara. Empat ayat ini boleh diekstrak seperti berikut:   Objek Fikir Rasional 1 Bagaimana unta dicipta?   Seekor haiwan yang tahan […]

Read More
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Satu Ayat Banyak Maksud

“Bukankah kami (Allah) telah melapangkan dadamu wahai Muhammad?” (Surah al-Insyirah 94: 1) Pandangan Tadabbur Imam al-Razi  Ayat yang menyatakan tentang kelapangan dada dikemukan dalam bentuk tanda tanya (istifham). Tujuannya membuktikan bahawa perkara tersebut memang berlaku. Seolah-olah diungkapkan, “Kami telah lapangkan dada kamu”, namun dikemukan dalam bentuk istifham taqriri yang membawa maksud kelapangan dada tersebut benar-benar […]

Read More
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Ringkas Tetapi Padat

Terdapat satu kisah menarik antara Amru bin al-As dan Musailamah al-Kazzab berkenaan surah al-Asr. Sketsa ini berlaku sebelum Amru memeluk Islam. “Apa yang diturunkan kepada temanmu saat ini?” soal Musailamah. Teman itu merujuk kepada Rasulullah s.a.w. “Dia diberi wahyu sebuah surah yang pendek, namun padat.” “Surah apa?” Amru bin al-As membacakan surah al-Asr: Demi masa! […]

Read More
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Ajaibnya Surah al-Kahfi

Al-Quran itu bukan sekadar dibaca, bahkan kita perlu memahaminya. Namun jauh lebih baik, kita perlu fikir akan isi kandungan yang Pencipta ingin sampaikan kepada kita. Setiap surat cinta-Nya ada hajatnya. Setiap hajat ada lagunya. Setiap lagu ada iramanya. Alangkah beruntungnya orang yang membaca. Rugi orang yang melupakannya. Kadangkala, kita sering mengaitkan surah al-Kahfi sebagai pendinding […]

Read More
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?