October 1, 2023
Tentang Hati UMUM

Cepatnya Masa Berlalu!

Baru menaip dua tiga perenggan, mulut sudah terasa mahu mengunyah sesuatu. Terus teringatkan buah mangga di dalam peti sejuk. Apa lagi, laju saja bangun meninggalkan kerusi, lalu menghayun langkah ke dapur. Buah mangga dicapai dan dikopek kulitnya. Dihiris dan diluncurkan ke atas pinggan. Garfu juga diletakkan sekali, biar senang makan tanpa perlu membasuh tangan.

Mata kembali memandang skrin dan sambung menulis beberapa baris. Namun, baru sahaja jari-jemari mahu rancak menari, telefon bimbit pula berbunyi. Ada mesej masuk. Baca sekejap. Reply.

Alang-alang sudah pegang telefon bimbit, gatal pula tangan mahu melayari media sosial sebentar. Menatal satu persatu notifikasi yang masuk. Baru saja mahu log keluar, terpandang pula iklan baju dan tudung. Sempat membelek-belek beberapa koleksi terbaharu.

Sedetik kemudian, teringat kembali penulisan yang terbengkalai, menunggu sambungan. Ya Tuhan! Macam mana boleh terjebak masuk simpang shopping online pula ni? Hati mula meradang berasakan diri terlalu mudah hilang tumpuan.

Sudah, sudah!

Telefon bimbit diletakkan jauh-jauh. Mode silent diaktifkan.

Kembali fokus. Dua tiga baris ditaip lagi. Kemudian jari berhenti menaip, mencapai buah dan menyuakannya ke mulut. Mengunyah sambil termenung memikirkan ayat seterusnya. Ambil sepotong lagi, suap dan termenung lagi.

Alahai. Ada nikmat depan mata pun kadang mengganggu fokus saja!

LEMAHNYA PERANCANGAN MANUSIA

Bunyi hon kereta buat hati tersentak seketika. Anak-anak sudah balik? Jarum jam dikerling. Betul, memang sudah pukul 6 lebih. Memang sudah waktunya anak-anak balik.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?