Sihir adalah satu perbuatan atau amalan jahat yang digunakan untuk mendapatkan faedah-faedah tertentu dan biasanya bertujuan untuk mengenakan seseorang yang menjadi sasaran.
Ia dibuat secara batin atau metafizik iaitu satu situasi atau kaedah yang sukar untuk dibuktikan secara fizikal, tetapi dapat dirasai oleh individu yang menjadi mangsa. Ilmu dan amalan sihir adalah antara amalan tertua di dunia dan ia melibatkan kerjasama dengan jin atau syaitan.
Di sisi syariah, sihir adalah haram dan termasuk dalam dosa-dosa besar kerana ia satu bentuk penganiayaan terhadap orang lain.
Sihir Pemisah
Sihir pemisah (tafriq) adalah sihir yang digunakan untuk memisahkan hubungan yang terjalin seperti dalam kalangan ahli keluarga, namun biasanya ditujukan kepada pasangan suami isteri. Ia boleh menerbitkan kebencian dan permusuhan walaupun sebelum itu mangsa mempunyai hubungan yang aman damai.
Allah s.w.t. telah memberi amaran kepada manusia tentang kewujudan sihir ini seperti melalui firman-Nya, “Dalam pada itu ada juga orang mempelajari daripada mereka (Harut dan Marut) ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya…” (Surah al-Baqarah 2: 102)
Mangsa yang terkena sihir biasanya akan mengalami simptom-simptom tertentu antaranya:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.