December 9, 2023
Dakwah UMUM

Challenge: Cabaran atau Ancaman?

Anda pernah makan cili sebanyak mungkin dan kemudian menahan pedas selama lima atau sepuluh minit? Atau pernah keluar dari kereta dan menari, pada masa yang sama kereta itu bergerak? Atau mungkin juga anda pernah mengambil gambar terkini dan membandingkannya dengan gambar 10 tahun yang lepas?

Jika jawapannya adalah “ya”, bererti anda terpengaruh dengan fenomena challenge (cabaran) yang berlaku pada masa ini. Fenomena ini seolah-olah menjadi ikutan masyarakat dunia khususnya Melayu dan ia dilakukan secara sukarela dan ketawa, seolah-olah fenomena ini satu kebanggaan yang perlu dipaparkan kepada orang ramai.

Rakaman dan gambar ini kemudian dimuat naik di media sosial untuk dikongsi kepada netizen. Apatah lagi jika perkara ini dilakukan oleh seorang artis atau selebriti, sudah pasti ia mencetuskan fenomena dan meraih sebanyak mungkin tumpuan peminat dan kecaman oleh pengkritik di laman sosial masing-masing.

Terdapat juga segolongan netizen yang cuba mengubah cabaran ini kepada versi yang lebih Islamik iaitu termasuk cabaran dalam melagukan qasidah, mengalunkan bacaan al-Quran atau menyeru orang ramai supaya hadir pada khutbah Jumaat seawal yang mungkin sebagai satu cabaran.

Namun, jika diteliti dengan lebih mendalam lagi, adakah fenomena cabaran ini memberi impak yang positif atau negatif kepada pelaku atau penonton? Beberapa perkara berikut boleh dijadikan pengajaran oleh pembaca.

Cabaran Menzalimi Diri Sendiri

1. Undang Padah

Dari aspek kesihatan, ada beberapa cabaran yang berbahaya dan boleh mengundang padah yang sangat buruk jika dipraktikkan. Antaranya adalah Skip Challenge. Cabaran ini menuntut seseorang menekan dada rakannya yang lain dengan kuat sehingga boleh menghentikan pernafasan dalam sesaat.

Cabaran ini dianggap sebagai permainan untuk bersuka ria dan menunjukkan kehandalan, namun ia sebenarnya amat berbahaya jika dilakukan terhadap kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga. Jika diulang beberapa kali, ia boleh membawa padah.

Antaranya, kesan lebam akibat terjatuh dan terhantuk sama ada di dada, leher atau kepala, serta kepala akan menjadi sakit akibat darah yang tidak sampai ke otak. Sesak nafas juga boleh berlaku akibat tekanan yang kuat di dada serta menyebabkan pendarahan mata. Jika kerap dilakukan, Skip Challenge ini boleh membunuh kerana kekurangan oksigen yang sampai ke bahagian otak walaupun dilakukan hanya beberapa detik sahaja.

2. Berbahaya

Cabaran seterusnya yang mendatangkan bahaya adalah Fire Challenge iaitu menyiram anggota badan tertentu contohnya jari dengan minyak, lalu membakarnya. Secepat yang mungkin si pelaku itu memadamkan api kerana panas dan dikhuatiri tercedera. Jika difikirkan kembali, jika takut panas, mengapa mahu menyiram dengan minyak dan membakar jari sendiri?

Fenomena ini tidak termasuk lagi Kiki Challenge ataupun cabaran lain yang sememangnya mengundang bahaya termasuk kemalangan, patah tulang, retak dan sebagainya. Namun, kesemua ini dibuat dalam keadaan yang gembira tanpa difikirkan impak negatif terhadap tubuh badan dan orang sekeliling.

 

Sekadar Hiburan?

Masyarakat di alam maya menganggap perkara ini sebagai hiburan semata-mata, namun dalam Islam, hiburan itu ada batasan dan tidak harus melanggar had yang ditetapkan. Islam menggariskan banyak kaedah untuk berhibur mengikut syariat Islam.

Hiburan yang dibuat melalui cabaran mestilah tidak bertentangan dengan syariat Islam atau maqasid syariah yang menjaga kesejahteraan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Hiburan ini juga perlu dilakukan secara berhemah dan tidak berlebihan, apatah lagi menunjukkan kejahilan yang ada dalam diri manusia khususnya masyarakat Melayu yang kebanyakannya adalah Islam.

Justeru, orang Islam yang melakukan cabaran yang tidak bermanfaat dan menjatuhkan moral diri ini, bukan sahaja memalukan diri sendiri dan keluarga, malah menunjukkan kesan negatif kepada agama Islam dalam kalangan masyarakat yang melihat cabaran tersebut.

 

Dakwah Challenge

Pada masa yang sama, Islam tidak mengharamkan kesemua cabaran ini. Ada kaedah cabaran yang boleh diambil positif oleh masyarakat Islam untuk menyampaikan dakwah atau membawa mesej berunsurkan Islam. Antaranya adalah cabaran menunjukkan gambar 10 tahun sebelumnya dan gambar terkini.

Terdapat netizen yang menunjukkan gambar 10 tahun keadaan Palestin sebelumnya dan 10 tahun gambaran Palestin terkini. Mesej yang ingin disampaikan adalah untuk menunjukkan keadaan Palestin yang masih tidak berubah dan umat Islam di sana masih ditindas. Ini menyebabkan mesej kedamaian itu sampai kepada masyarakat dunia yang menunjukkan kekejaman Israel masih berterusan di bumi tersebut.

Ada juga individu yang memaparkan 10 tahun sebelumnya, pelaku itu adalah seorang yang jahil dan tidak mengetahui syariat Islam atau masih belum menganut agama Islam. Gambar terkini individu tersebut menunjukkan dia sudah berpakaian yang sempurna, sopan dan kembali kepada fitrah iaitu agama Islam. Ini adalah mesej yang baik disampaikan kepada masyarakat melalui trend cabaran yang menjadi fenomena pada masa kini.

10 Cabaran Popular di Malaysia

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?

Challenge

Keburukan:

Dey Challenge

1.    Tidak berfaedah dan memalukan diri.

2.    Mendedahkan diri kepada fitnah, menari dan menyanyi (bagi wanita).

3.    Dinasihatkan oleh pihak berkuasa serta pakar perubatan agar berhenti melakukannya.

4.    Abai keselamatan diri dan orang lain.

5.    Menunjuk-nunjuk kemewahan.