June 10, 2023
Dakwah UMUM

Dakwah di Amerika: Lain Pandang Lain Caranya

Saya ingin berkongsi secebis pengalaman berkursus di Amerika Syarikat selama tiga minggu melalui program International Visitor Leadership Program (IVLP) di Washington, New York, Ohio, Nevada dan berakhir di Seattle.

Setelah melalui beberapa tapisan temuduga, saya telah terpilih untuk mengikuti program ini. Program ini sudah bermula sejak tahun 1960 serta mempunyai alumni seluruh dunia termasuk beberapa pemimpin dunia.

Amerika Syarikat mengamalkan dasar kebebasan beragama. Rakyat Amerika bebas mengamalkan ajaran agama, bersuara dalam isu agama dan menggamalkannya selagi tidak melakukan keganasan.

Hak ini dijamin oleh undang-undang dan kebebasan beragama diiktiraf sebagai salah satu daripada dasar negara Amerika. Setiap masa, mereka berusaha untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka menghormati Islam walaupun yang berlaku adalah sebaliknya.

Islam di Amerika

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?

1957

Presiden Dwight D. Eisenhower memberi ucapan perasmian di Pusat Islam Washington. Beliau dan isteri membuka kasut untuk masuk ke Pusat Islam. Peristiwa ini telah menjadi tajuk utama di New York Times. Dalam majlis itu, Presiden Dwight Eisenhower menyebut,

“Amerika akan berpegang dengan kekuatannya untuk menghormati hak anda untuk mempunyai tempat ibadat di sini dan mengamalkan obligasi agama mengikut hati nurani anda sendiri.”

1969