September 18, 2024
Dakwah UMUM

Dakwah Itu Menyantuni

Al-Quran telah meletakkan agenda dakwah santun dengan penuh kelembutan dan hikmah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nahl ayat 125, mafhumnya:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.

Syed Qutub dalam karyanya, tafsir Fi Zilal al-Qur’an menghuraikan bahawa ayat ini menjadi gagasan penting kepada penyusunan agenda menyantuni ummah melalui program dan usaha dakwah. Dakwah, biarlah ia mendekatkan. Bukan menjarakkan manusia.

Pada masa yang sama, al-Quran juga meletakkan asas amar makruf dan nahi mungkar sebagai agenda yang perlu digerakkan seperti yang terakam dalam firman Allah s.w.t.:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Ali ‘Imran 3: 104)

 

Dakwah secara menyantuni ummah perlu digerakkan melalui pendekatan berikut:

  • Penerangan yang jelas.
  • Berperingkat serta bertahap.
  • Mudah difahami.
  • Mendekatkan.
  • Diterangkan sebab di sebalik suruhan dan tegahan.
  • Bersesuaian dengan kapasiti dan konteks audiens.

 

 

NABI MENYANTUNI UMMAT

Wahyu Ilahi telah memberikan penegasan bahawa sifat Baginda Muhammad s.a.w. itu suri teladan kepada seluruh umat manusia:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik. (Surah al-Ahzab 33: 21)

Imam Ibn Kathir ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT mahu kaum di Madinah dan seluruh umat manusia supaya mengambil contoh dan teladan daripada segenap segi kehidupan Baginda Rasulullah seperti dalam aspek kesabaran, pengorbanan termasuk juga usaha Baginda menyeru umat manusia supaya bersabar, memperelok akhlak dan tatasusila serta ketabahan Baginda menyeru umat supaya berjihad.

Dakwah yang dipandu oleh Baginda Nabi bertunjangkan akhlak dan pekerti yang mulia. Nabi menegaskan,

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?