Kita sudah dihidangkan pelbagai cara untuk berhenti merokok. Daripada kaedah yang berkaitan dengan soal hati hingga kaedah rawatan berasaskan farmakologi seperti terapi penggantian nikotin.
Jika dilihat pelbagai statistik, kebanyakan kaedah berhenti merokok menjanjikan kadar kejayaan berhenti merokok sekitar 40% – 45%. Kelihatan seolah-olah apa-apa jua kaedah tidak berkesan sepenuhnya. Kadar kejayaan sebanyak 50-50 ini dikira masih rendah walaupun ia sudah cukup memberangsangkan.
Pada peringkat permulaan, mungkin kita tertanya-tanya, adakah mustahil untuk berhenti merokok? Adakah tabiat merokok tiada penawarnya? Adakah apabila kita merokok, maka selama-lama kita akan menjadi perokok?
Jawapannya, tidak!
Selain mengkaji faktor kegagalan berhenti merokok, mungkin kita boleh kaji faktor kejayaan seseorang berhenti merokok.
Faktor Kejayaan
Hasil kajian mendapati, kadar perokok yang berjaya berhenti merokok adalah lebih tinggi dalam kalangan:
Perokok yang sudah meningkat usia (sekitar 50 atau 60 tahun ke atas) berbanding perokok yang masih muda. |
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.