Tradisi menyebut nama tuhan sebelum memulakan sesuatu pekerjaan sudah dimulakan oleh masyarakat Arab jahiliah. Mereka sudah terbiasa menyebut nama-nama tuhan sembahan mereka sebelum melakukan sebarang pekerjaan.
Surat Rasulullah dan perjanjian yang Baginda tulis bermula dengan bismillah. Surat yang Nabi Sulaiman utus kepada Ratu Saba juga bermula dengan bismillah. Allah berfirman:
Sesungguhnya surat itu daripada Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut), ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.’ (Surah al-Naml 27: 30)
Bahkan bahtera Nabi Nuh berlayar melawan arus besar air yang mengganas juga dengan bismillah.
Bismillah bukan sebarang lafaz. Ia sarat dengan mesej tauhid. Tanda keterikatan seorang hamba dan Khalik.
Pintar Hukum
Hukum baca bismillah: Sunat.
Maksudnya:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.