December 9, 2023
Fokus SOLUSI

Di Mana Ayah Si Bayi?

Sering kali, dalam kes hamil luar nikah dan buang bayi, bapa kepada bayi hilang jejaknya entah ke mana.

Isu ini kadangkala dilihat agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka dan lantang, memandangkan sebahagian daripada masyarakat kita masih mengguna pakai sistem patriarki. Lelaki yang silap tidak perlu ditegur, sebaliknya semasa seorang gadis tersalah tingkah, dikutuk semahunya. Atas alasan ingin mendidik.

Sedangkan kalau dilihat dengan mata kasar, gadis dan wanita secara majoritinya lebih mudah dididik berbanding mendidik anak lelaki. Lelaki sering menggunakan ego sebagai benteng. Sedangkan wanita sering harus tunduk walau diri sudah jatuh ditimpa tangga.

Pendek kata, kedua-dua pihak perlu dididik, namun dengan pendekatan yang berbeza.

Ayah ↔ Anak

Jika diperhatikan, semasa proses kehamilan dan selepas kelahiran, biasanya ibu sahaja yang bersusah payah berdepan dengan pelbagai persepsi masyarakat. Sedangkan ayah kepada bayi tersebut bebas berlepas tangan. Seolah-olah langsung tidak terlibat. Ya, wanita tidak boleh lari, namun lelaki boleh.

Namun dari segi syariat, si ayah sebenarnya dihukum begitu teruk. Hukuman sebegini bukanlah untuk tujuan melepaskan si ayah daripada bertanggungjawab terhadap si anak, bahkan ia satu penghinaan apabila hubungan mereka sebagai anak dan ayah terputus sama sekali.

Sambil-sambil mencari di mana ayah biologi si bayi, kita ulang kaji beberapa hukum fiqah berkaitan hubungan ayah biologi dan anaknya yang diperoleh di luar ikatan akad:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?