Saya fikir, kita semua tahu dan biasa dengar tentang al-Asma’ al-Husna. Sekurang-kurangnya kita pernah dengar nasyidnya. Atau mungkin bertahun lamanya kita mengalunkan nasyid tersebut setiap minggu sewaktu perhimpunan. Namun, mungkin ketika itu kita sekadar menghafal tanpa memahami maksud disebalik nama-Nya.
Apa salahnya sebagai azam tahun baru 1440 Hijrah ini, kita berazam untuk mengetahui pula maksud-maksud disebalik al-Asma’ al-Husna dan cuba memahami kelebihan pada setiap nama-Nya ini.
HANYA 99 NAMA?
Sebenarnya, tidak tepat untuk kita katakan atau meyakini bahawa Allah hanya mempunyai 99 nama. Jika kita berkeyakinan sebegitu, ini bermakna kita menafikan kesempurnaan Allah s.w.t. Imam al-Khattabi dan para sarjana lain menjelaskan, 99 nama Allah itu ibarat orang yang menyatakan, “Saya memiliki 1000 dirham untuk sedekah.”
Ini bukan bermakna orang tersebut hanya mempunyai 1000 dirham semata-mata. Sudah tentu dia ada simpanan lain untuk kegunaan dan urusan harian. Dalil jelas menunjukkan bahawa nama-nama Allah tidak terhad kepada 99 nama sahaja.
Rasulullah s.a.w. pernah bermunajat dengan sabdanya, “Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang daripada makhluk-Mu, atau yang Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu…” (Riwayat Ahmad)
Jelas menunjukkan bahawa ada nama-nama Allah SWT yang tidak dizahirkan atau dinyatakan kepada makhluk-makhluk-Nya. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
DEFINISI AHSAHA
Sabda Nabi s.a.w., “Sesungguhnya bagi Allah ada 99 nama, 100 kurang satu. Sesiapa yang menghitungnya (ahsaha), nescaya akan masuk syurga.” (Riwayat Muslim)
Berhubung dengan maksud “menghitungnya” (ahsaha) alam hadis ini, ulama berbeza pandangan dalam mendefinisikannya. | – | Orang yang menghafal nama-nama Allah. |
– | Orang yang memahami nama-nama Allah sebaik-baiknya, menjaga segala tuntutan nama-nama Allah dan membenarkan makna-maknanya. | |
– | Orang yang beramal dengan nama-nama Allah, taat kepada nama-nama Allah dan beriman dengan nama-nama tersebut. |
Rujuk Sharh al-Nawawi ‘ala Muslim, 17/5.
Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Azkar, ahsaha dengan maksud “menghafal nama-nama Allah” ini adalah pandangan Imam al-Bukhari dan lain-lain. Inilah yang paling diterima dengan zahir teks yang jelas. Pendapat ini disokong dengan riwayat lain yang mempunyai matan “man hafizaha” yang bermaksud, “sesiapa yang menghafalnya”.
KEINDAHAN NAMA-NYA
Allah telah menyatakan dalam kitab-Nya yang paling mulia,
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.(Surah al-A’raf 7: 160)
Setiap nama-nama Allah mempunyai keindahan tersendiri untuk dihayati. Secara umumnya, ada beberapa isi penting yang ingin saya bawa bagi menunjukkan keindahan al-Asma’ al-Husna berdasarkan pandangan beberapa ulama antaranya Imam Ibn al-Qayyim dan Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa‘di.
Keindahan Nama Allah | ||
|
|
|
Nama-nama Allah ini, jika dihayati dengan melihat ciptaan dan kebesaran-Nya di sekitar kita, pasti akan membangkitkan rasa keimanan yang mendalam. |
MEMAHAMI AL-ASMA’ AL-HUSNA
Menurut Imam al-Ghazali dalam al-Maqsad al-Asna fi Sharh al-Asma’ al-Husna, terdapat tiga peringkat kefahaman al-Asma’ al-Husna:
1) Mencapai pengetahuan (makrifat) tentang makna nama-nama Allah dalam keadaan tabir atau hijab terbuka dan menyaksikan dengan mata hati sehingga seseorang benar-benar faham dan yakin akan hakikatnya berdasarkan dalil-dalil yang tidak mungkin salah.
2) Seseorang itu merasai keagungan daripada apa yang mampu dicapai makrifat tentangnya pada peringkat pertama sehingga memberi dorongan dan keinginan yang kuat untuk berbudi pekerti sekadar yang termampu dengan sifat-sifat tersebut.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.