Hari yang ditetapkan pun tiba. Wakil Muhajirin menghadap Raja Najasyi. Baginda sudah bersedia di istana dengan para pendeta Nasrani yang dipanggil khas untuk majlis tersebut. Mereka membentangkan kitab-kitab mereka di sekeliling baginda. Dua orang delegasi Quraisy turut hadir bersama.
Ja‘far bin Abu Talib menjadi jurucakap yang mewakili pihak Muhajirin. Beliau dipilih kerana:
|
Semua ini sangat penting bagi meneguhkan kepercayaan Najasyi terhadap apa yang akan diceritakan berkenaan Rasulullah. |
DULU LAIN, SEKARANG LAIN
“Apakah agama yang telah menyebabkan kamu semua meninggalkan agama kaum kamu? Kamu semua tidak pula memeluk agamaku. Tidak juga mana-mana agama umat sedia ada,” Raja Najasyi membuka bicara.
Ja‘far mula memberikan penjelasan yang agak panjang. Penjelasan yang terperinci itu boleh diekstrak seperti berikut:
Gaya hidup dulu | Gaya hidup kini | |
Ja‘far menjelaskan, “Begitulah keadaan kami. Hinggalah Allah s.w.t. mengutus seorang Rasul dalam kalangan kami sendiri kepada kami. Kami amat mengenali keturunan dan sifat benarnya. Kejujuran dan kehormatannya. “Dia mengajak kami untuk mengesakan Allah dan menyembah-Nya. Juga meninggalkan kesyirikan berupa penyembahan batu dan berhala yang dilakukan oleh nenek moyang kami.” |
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.