November 29, 2023
Fikir Zikir SOLUSI

Dialog Nabi Lut dan Kaumnya

Apabila kita membuat analisis ke atas ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan kisah Nabi Lut dan kaumnya, kita akan dapati permasalahan utama yang membelenggu masyarakat ketika itu adalah budaya dan amalan songsang seks bersama pasangan sejenis. Perlakuan songsang ini kemudiannya menyebabkan bahaya dan kesan yang buruk kepada jiwa, sosial, kemanusiaan, kesihatan, akhlak, perlakuan dan agama.

Dalam konteks ini, Nabi Lut tidak memulakan dakwahnya dengan seruan tauhid. Mengapa?

Pendekatan Dakwah

1 2
Tidak memulakan dengan seruan tauhid Memulakan dengan seruan tauhid
Contohnya, Nabi Lut

 

Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi Syuaib dan lain-lain.

Mengapa Nabi Lut tidak memulakan dakwah dengan seruan tauhid? Ia bergantung kepada situasi:

1- Penyelewengan kepercayaan (akidah)

Penyelewengan jenis ini berlaku apabila ada yang menyekutukan Allah dengan menyembah selain-Nya seperti patung dan berhala. Oleh itu, para nabi memulakan dakwah mereka dengan mengubati penyelewengan jenis ini.

Sebab itulah mesej pertama yang dimulakan adalah berkenaan seruan tauhid supaya pemikiran mereka kembali pulih dan beribadah hanya kepada-Nya.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?