Maksudnya: “Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Riwayat Abu Dawud)
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat.” (Riwayat Abu Dawud)
Menurut Syeikh Abu al-Hasan al-Mubarakfuri, maksud ‘afiyah dalam hadis tersebut ialah keselamatan daripada perkara-perkara yang merosakkan agama serta kesusahan dunia. Dikatakan juga, keselamatan daripada penyakit-penyakit dan bala-bala.
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.” (Riwayat Abu Dawud)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.