Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang di tempat tidurnya (ucaplah doa ini).”
Maksudnya: “Ya Allah Tuhan langit dan bumi dan Tuhan segala sesuatu, Pembelah biji benih, yang menurunkan Taurat, Injil dan al-Quran. Aku berlindung kepada-Mu daripada segala kejahatan sesuatu yang engkau pegang ubun-ubunnya. Ya Allah, Engkaulah yang pertama, yang tidak ada sesuatu pun sebelum-Mu. Engkaulah yang terakhir, yang tiada sesuatu pun selepas-Mu. Engkaulah yang zahir, tidak ada sesuatu pun yang mengungguli-Mu dan Engkaulah batin, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada-Mu. Lunaskanlah hutangku dan cukupkanlah aku daripada kefakiran.” (Riwayat al-Bukhari no. 1212)
(Petikan Doa, Zikir & Doa yang Didengari Allah, Ustaz Hj. Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.)