March 29, 2024
Tentang Hati UMUM

Dosa Hati Lebih Besar?

Allah SWT berfirman: “Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia sama seperti yang tinggal tetap dalam gelap-gelita (kufur) yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?

Demikianlah diperlihatkan pula pada pandangan orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). (Surah al-An‘am 6: 22)

Sebagai Mukmin hakiki, kita wajib menjaga hati agar selalu hidup dalam suluhan cahaya hidayah Allah SWT. Caranya adalah dengan sentiasa menghidupkan hati dengan zikir, menjauhi penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, amarah, takabbur dan mengikut hawa nafsu yang akan membawa kepada kesesatan yang akhirnya akan menjadikan hati itu mati… Wal ‘iyazubillah.

Raja dalam Diri

Hati dalam diri seorang insan diibaratkan raja. Manakala seluruh anggota badan yang lain merupakan tentera atau pengikutnya. Apabila rajanya baik, maka akan baiklah para tenteranya. Jika buruk, demikian jugalah amalan seluruh pengikutnya. Disebabkan itulah amalan hati amat dititikberatkan dalam Islam.

Bahkan ulama mengatakan bahawa pahala daripada amalan hati lebih besar daripada amalan badan. Sebagaimana dosa hati lebih besar daripada dosa anggota. Dalilnya, dosa kufur dan munafik lebih besar daripada dosa zina, riba, minum arak, judi dan seumpamanya.

Contohnnya, jika seseorang bersedekah kerana ingin menunjuk-nunjuk (riyak), maka sia-sialah pahala walau sebesar manapun jumlah sedekah yang dia keluarkan. Atau seperti seseorang yang membaca al-Quran supaya dipuji suaranya oleh orang lain (sum‘ah), ini juga akan sia-sia pahalanya.

Pahala Berkait dengan Niat

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?