Tatkala umur menjengah usia remaja, rata-rata anak muda sudah pandai bermain cinta. Sesetengahnya berjaya menyempurnakan sulaman cinta dengan simpulan pernikahan. Namun ramai juga yang gagal. Bahkan ramai juga yang terlanjur!
Apa tidaknya, ketika menyulam cinta, berapa ramai remaja yang mampu mengawal mata dan tangannya? Dan berapa ramai yang mampu mengawal nafsunya? Isu ini bukanlah isu baharu, sebaliknya sudah lama menjadi penyakit turun-temurun dalam sejarah manusia.
Zina dan pergaulan bebas sering dilihat sebagai cara hidup manusia bertamadun. Tetapi, hakilatnya ia hanyalah dosa purba yang dimodenkan. Perlakuan maksiat sebegini sudah pun berlaku sejak zaman nabi terdahulu.
Walaupun hidup pada zaman moden, sifat purba tersebut berjaya diwarisi oleh generasi kini. Sudah tentu, gejala sosial yang membawa kepada zina menggusarkan hati ramai pihak.
Maka timbul satu persoalan, apakah jalan penyelesaiannya?
Formulasi Tuhan
Hakikatnya, kejahatan bukan satu kebetulan. Ia tidak berlaku secara tiba-tiba kerana ia proses bertahap-tahap.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.