Mus‘ab | As‘ad bin Zurarah | Usaid bin Hudhair | Sa‘ad bin Muaz |
Pendakwah | Yang didakwah | ||
Lokasi: Perkampungan Bani Abd al-Asyhal dan Bani Zafar. |
Ternyata cerita Usaid tentang Bani Harithah yang mahu membunuh sepupu Sa‘ad bin Muaz yang bernama As‘ad bin Zurarah itu hanyalah satu “drama” sahaja. Namun ketenangan yang terpamer pada wajah kedua-dua orang dai itu, Mus‘ab dan As‘ad masih belum dapat memadamkan amarah Sa‘ad.
“Wahai Abu Umamah (gelaran As‘ad bin Zurarah)! Jika tidak kerana hubungan kekeluargaan antara kita, sudah tentu lembing ini aku lemparkan kepadamu! Adakah kamu cuba menipu kami di tempat kami sendiri, dengan apa yang kami tidak suka?” soal Sa‘ad sambil berdiri di hadapan mereka berdua.
Ketenangan Adalah Kemenangan Pertama
“Apa kata kamu duduk dan dengar dahulu? Jika kamu setuju dan minat, kamu boleh ikut. Jika kamu tidak suka, kami akan jauhkan daripada kamu apa-apa yang kamu benci itu,” ujar Mus‘ab dengan tenang.
Dia masih ingat kata-kata As‘ad tentang sepupunya itu:
“Wahai Mus‘ab, demi Allah, seorang ketua yang berpengaruh telah datang kepadamu. Jika dia menyahut seruanmu, tidak akan ada yang membantahnya, walaupun dua orang!”
Sa‘ad kemudiannya bersetuju. Lembing yang dipegangnya diletakkan, lantas duduk. Mus‘ab kemudian menceritakan kepadanya tentang Islam dan membacakan ayat-ayat al-Quran. Ketika mendengar semua itu, riak wajah yang positif jelas terpancar di wajah Sa‘ad.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.