November 29, 2023
Sirah & Kisah UMUM

Drama Dakwah Usaid Selepas Diislamkan Mus‘ab

Beliau merupakan antara para sahabat yang terpaksa menyembunyikan pengislaman pada peringkat awal kerasulan. Namun rahsianya terbongkar.

Pengislamannya dapat dihidu oleh Uthman bin Talhah, lantas diadukan kepada kedua-dua ibu bapanya. Lalu dia dikurung. Menjelang hijrah ke Habsyah, beliau berjaya meloloskan diri, lantas menyusuli para sahabat yang lain ke sana.

 

Bukan Biasa-Biasa

Apa yang tidak ada padanya sebelum memeluk Islam? Pakaian, minyak wangi, bahkan seliparnya dari jenis yang paling mewah. Menurut sebahagian sejarawan Islam, penampilannya juga menjadi ikutan insan sezaman. Trendy bak kata orang zaman ini.

Namun, dialah ikon pemuda Mukmin yang sanggup mengorbankan hidup mewah, selesa dan popular, demi agama Allah. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah mengalirkan air mata tatkala melihat keadaan hidup beliau setelah beriman yang amat berbeza dengan apa yang pernah dikecapinya ketika jahiliah!

Beliaulah Mus‘ab bin Umair. Insan terpilih yang diutus oleh Rasulullah s.a.w. sebagai dai pertama ke Yathrib. Menjadi guru al-Quran serta mengajar ilmu agama kepada penduduknya. Turut mengimamkan solat para sahabat Aus dan Khazraj yang sudah bersatu dalam satu saf.

Demikian sirah mengajar kita bahawa segala kelebihan kurniaan Allah boleh digunakan untuk membantu agama-Nya. Aura Mus‘ab yang mampu menarik orang lain mengikutnya tika jahiliah, kenapa tidak digunakan untuk menarik insan memeluk agama Allah pula?

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?