Apabila berbicara tentang kehebatan Allah, banyak yang boleh disebut dan disenaraikan. Kehebatan itu tidak disembunyikan. Bahkan melalui kehebatan Allah itulah kita kenal Pencipta kita.
Namun salah satu kehebatan yang mungkin sering kita terlepas pandang ialah Allah itu Pemilik Arasy. Ya, kita sering ulang-ulang bahawa Allah Pemilik langit dan bumi. Sebut sahaja Pemilik langit dan bumi, sudah terasa betapa gahnya. Apa tidaknya, ingin menjelajah seluruh bumi pun kita tidak mampu. Terlalu luas. Ada kawasan yang tidak mampu dijejak.
Itu baru daratan. Belum dikira lagi lautan yang meliputi 70% permukaan bumi, jauh lebih banyak belum diteroka. Belum dikira lagi tujuh lapis atmosfera berserta angkasa raya.
Namun apabila kita bercakap tentang Pemilik Arasy, ia menambah lagi darjah kehebatan itu ke satu tahap yang tidak mampu diukur.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now