December 11, 2024
FIQAH Usul Fiqah

Faqih Kontemporari Perlu Serba Tahu

 

Siapakah Faqih?

  • Faqih merupakan seorang alim dalam bidang keilmuan syarii yang berkeupayaan untuk memahami syariah dengan mendalam, memahami situasi dengan tepat serta mampu meletakkan hukum dengan sahih berkaitan kes-kes yang berlaku.
  • Orang yang mempunyai kemampuan untuk menginstibat hukum berdasarkan kaedah kaedah syarak.
  • Golongan yang menguasai kitab-kitab fiqah turath dan mampu memahami fiqah semasa serta berupaya untuk memberikan pandangan yang bernas terhadap isu-isu fiqah.

Cabaran untuk menjadi seorang faqih semasa yang mantap dan mampan makin meningkat kerana tuntutan dan perubahan zaman yang makin mencabar. Seorang faqih bukan sekadar mampu membaca kitab, tetapi perlu juga mahir membaca kes, dokumen dan laporan untuk menjadikannya seorang yang peduli dengan perkembangan dan perubahan zamannya.

Penguasaan Ilmu Semasa

1. Bahasa Inggeris 
Penguasaan bahasa Inggeris juga perlu dipertingkatkan kerana banyak ilmu telah diterjemahan ke dalam bahasa Inggeris. Sekiranya seorang faqih tidak menguasai bahasa ini, maka dia akan kurang diyakini pada peringkat antarabangsa.

2. Ilmu Perubatan
Imam Muhammad Abduh menyatakan bahawa orang yang tidak menguasai ilmu semasa, dia dianggap sebagai orang jahil, misalnya dia tidak mengetahui istilah istilah perubatan moden seperti DNA, kromosom dan seumpamanya. Jadi, bagaimana pula dia ingin berhadapan dengan para doktor bagi menjelaskan isi-isu syariah semasa.

3. Ekonomi dan Perbankan
Begitu juga dalam bidang muamalat dan perbankan. Prinsip-prinsip ekonomi juga perlu dipelajari agar mampu untuk menjawab persoalan-persoalan industri yang sangat mencabar.

4. Sivil dan Perakaunan
Faqih semasa juga perlu mengetahui ilmu undang-undang sivil dan perakaunan bagi memantapkan kefahamannya kerana tanpa kedua-dua ilmu ini, kefahamannya terhadap isu-isu semasa tidak mantap dan akhirnya gagal untuk memahami syariah dengan baik dalam bentuk perlaksanaannya.

5. Bahasa Arab dan Usul
Pada masa yang sama, kekuatan bahasa Arab dan ilmu usul juga perlu dikuasai agar seseorang faqih tidak hanyut dalam arus semasa yang kadang-kadang menyebabkan dia tidak mempunyai prinsip dan manhaj untuk menyatakan pandangan.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?