Dalam perbincangan darah wanita, ada dua istilah yang mesti difahami betul-betul agar segala hukum-hakam yang diputuskan adalah tepat iaitu istilah fatrah dan naqa’.
Fatrah dan naqa’ merujuk kepada keadaan yang mana darah tidak kelihatan iaitu tidak keluar daripada kemaluan wanita dalam tempoh haid. Dengan perkataan lain, di celah-celah tempoh haid tersebut, berlaku keadaan di mana darah tidak keluar daripada kemaluan wanita.
Fatrah
Dari segi bahasa Arab, perkataan fatrah bermakna tempoh. Namun, sebagai satu istilah Fiqh dalam bab darah wanita, fatrah bermaksud suatu keadaan di mana darah tidak mengalir keluar dari kemaluan wanita tetapi sekiranya dimasukkan kapas ke dalamnya, didapati ada kesan darah pada kapas berkenaan. Dari segi hukum, para ulama sepakat mengatakan masa fatrah ini tetap dikira haid.
1 hb | 2 hb | 3 hb | 4 hb | 5 hb | 6 hb | 7 hb |
Darah keluar
|
Fatrah | Darah keluar
|
||||
Tempoh Haid |
Naqa’
Naqa’ pula merujuk kepada keadaan di mana darah tidak keluar daripada kemaluan wanita dan apabila dimasukkan kapas ke dalam kemaluan, didapati tiada kesan darah iaitu putih bersih.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.