October 1, 2023
FIQAH Usul Fiqah

Fiqh al-Mizan, Hasil Kajian 30 Tahun

Profil Syeikh ‘Ali Muhyiddin al-Qarah Daghi

 

  • Seorang mujtahid dalam mazhab.
  • Tinggal di Qatar.
  • Berasal daripada keluarga berilmu yang nasab keturunannya daripada Sayidina al-Husain.
  • Dilahirkan tahun 1949 di Bandar al-Qarah Daghi, Kurdistan, Iraq.
  • Mempunyai kepakaran dalam bidang fiqah terutamanya fiqah muamalat dan ekonomi Islam.
  • Jawatan terkini dipegang oleh beliau ialah Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Syeikh ‘Ali Muhyiddin mengkaji ilmu fiqh al-mizan ini siang dan malam selama 30 tahun. Beliau mencari kaedah untuk menyatukan umat Islam serta mencari punca kepincangan umat Islam sehingga menyaksikan mereka berpecah belah dan porak-peranda. Sedangkan al-Quran yang merupakan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. ada bersama mereka.

Rupa-rupanya, puncanya disebabkan umat Islam menggunakan al-Quran yang tidak disertakan dengan mizan.

Fiqh al-mizan ini merupakan ilmu usul seperti ilmu usul fiqh yang lebih besar daripada ilmu maqasid syari‘ah. malah lebih besar daripada ilmu fiqh awlawiyyat dan cabang-cabang ilmu yang lain. Ilmu ini membolehkan manusia mengenal pasti timbangan yang betul dan tepat dalam situasi berlakunya kecelaruan dalam perkara usul dan tetap (thawabit).

 

Keseimbangan di Mana-mana

Untuk pengetahuan semua, Allah menjadikan manusia secara seimbang. Manusia dicipta sebagai sebaik-baik kejadian. Jika badan manusia tidak seimbang, pasti manusia akan cacat.

Begitu juga dengan syariat. Walaupun umat Islam dikatakan melaksanakan syariat, tetapi jika tidak berlaku keadilan, maka pelaksanaannya ada kecatatan. Bukan kecatatan pada syariat, tetapi kecatatan pada pelaksanaannya kerana tidak mengikut sukatan dan timbangan yang betul.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?