Kini, kita berada pada zaman infobesity. Infobesity merujuk kepada lambakan maklumat (information overload) menurut Prof. Dato’ Dr. Zulkiple Abd Ghani. Lambakan maklumat ini ada kebaikan, bahkan ada juga keburukannya.
Dalam lambakan maklumat tersebut, terdapat pelbagai ilmu. Bahkan tidak kurang bercampur aduk juga dengan pelbagai maklumat salah, fitnah, umpatan dan kata-kata keji. Pada era inforbesity ini jugalah, fitnah begitu mudah melata.
Akibatnya?
Akibatnya, infobesity menukar cara kita memandang dan bertindak balas terhadap fitnah, antaranya:
1. Tidak Sedar
Kadangkala yang paling dikhuatiri ialah kita tidak sedar sedang menabur fitnah atau menyebarkan fitnah. Asalnya daripada sibuk mengambil tahu hal atau situasi orang lain yang tidak perlu. Sebab itulah fitnah juga sinonim dengan “dengar khabar”, “khabar angin”, “dengar kata” dan “tular”.
2. Tidak Sahih → Terasa Sahih
Ini juga situasi yang sering berlaku apabila sesuatu fitnah tersebar meluas. Asalnya tidak sahih, namun disebabkan ia sudah tular, maka dirasakan ia sesuatu yang benar dan betul. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sudah menggalakkan kita membaca doa berikut:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.