Allah s.w.t. menunjukkan cara untuk kita meraih inti sari daripada al-Quran sebagai salah satu cara mudah menghafaz al-Quran:
Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia dan diamlah dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengar supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-A‘raf 7: 204)
Abu al-Fida’ Muhammad Izzat dalam bukunya Kaifa Nahfaz al-Qur’an menjelaskan tentang ayat ini:
Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan diam adalah mendengar dengan berhenti sebentar dan beri perhatian. Sesungguhnya al-Quran merupakan cahaya yang meliputi mereka yang melapangkan jalan bagi al-Quran dan al-Quran merupakan curahan hujan bagi mereka yang membaca dan menghafaznya.
Individu yang sudah menghafaz al-Quran, tidak kira banyak atau sedikit, pasti akan sangat sibuk dengan al-Quran. Begitu banyak perkara susulan yang lebih menarik yang boleh dilakukan. Ini kerana berjaya menghafal bukanlah penamat cinta kita kepada al-Quran, sebaliknya masih banyak jalan yang boleh dilalui selepas itu.
Antaranya, tadabbur yang boleh dilakukan khas oleh individu yang menghafaz dan memahami bacaan al-Quran.
Dengar + Diam
Oleh yang demikian, sesungguhnya mendengar dan diam terhadap al-Quran memudahkan kita menghafaz al-Quran dan mengekalkannya dalam fikiran, namun ada syaratnya.
Syarat Tadabbur
(bagi yang hafal dan faham bacaan al-Quran) |
|
1 | Tenang dan khusyuk serta memberi perhatian tanpa diganggu oleh perkara lain. |
2 | Menghadirkan fikiran dan hati untuk membaca ayat al-Quran, nescaya ia akan memudahkan proses hafazan. |
3 | Mendengar sambil meneliti bacaan qari. Tujuan meneliti bacaan ini adalah untuk tadabbur setiap ayat al-Quran yang dibaca oleh qari. Apabila qari berpindah kepada ayat seterusnya, kita tadabbur ayat yang dibaca tadi ketika qari sedang membaca ayat berikutnya. |
4 |
Tiada gangguan tatkala tadabbur. Contohnya, minum, makan atau apa-apa sahaja perbuatan yang boleh mengalihkan perhatian. |
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now